Wednesday, 16 November 2011

Jadual Perlawanan Malaysia VS Indonesia

Perlawanan bola sepak kumpulan A Sukan SEA ke 26 antara Malaysia menetang Pasukan Tuan Rumah Indonesia akan berlangsung pada 17 November 2011 pada jam 8 malam di Stadium Gelora Bung Karno. Perlawanan yang paling di tunggu-tunggu dalam kumpulan A ini bakal menentukan siapa yang layak bergelar sebagai Juara Kumpulan A.

Bagi Indonesia yang telah pasti ke separuh akhir mereka tetap memandang serius untuk menewaskan Malaysia dalam kumpulan tersebut. Namun begitu juga dengan skuad U23 Malaysia yang masih perlu beraksi untuk sekurang-kurangnya mengutip 1 mata dalam perlawanan menetang Indonesia 17 November ini juga berkeinginan untuk menutup ego penyokong tuan rumah sekali gus merebut takhta kumpulan A.

Perlawanan pada 17 November 2011 ini berkemungkinan akan di banjiri dengan 80 000 penyokong fanatik Indonesia yang pasti akan mencetuskan banyak Provokasi negatif bagi melunturkan semangat anak-anak buah Ong Kim Swee dan juga berkemungkinan mempengaruhi pengadilan pada malam perlawanan tersebut.

Walaubagaimana pun anak-anak buah Ong Kim Swee perlu mengawal emosi masing-masing pada malam tersebut agar nasib mereka tidak jadi seperti pemain-pemain Thailand dan Singapura yang terpaksa di buang padang akibat tidak berjaya mengawal emosi mereka.

Bagi kita yang tidak dapat pergi ke Stadium marilah kita duduk di depan TV dan berdoa agar pasukan negara kita berjaya mengharungi perlawanan pada malam tersebut. MALAYSIA BOLEH..Jom Pakai Jersey Malaysia...heeee


Sunday, 13 November 2011

Menjelang Pertemuan Skuad Bola Sepak Malaysia VS Indonesia

Setelah menang perlawanan semalam, skuad bola sepak U23 Malaysia bertekad untuk memperbaiki kesilapan. Ikuti berita hari ini >>>

myMetro | Tekad Baddrol

Diharap skuad U23 negara dapat menunaikan janji mereka. Marilah bersama kita tunggu Perlawanan paling di nanti-nantikan dalam kumpulan A Khamis ini.

Saturday, 12 November 2011

Jadual Perlawanan Cambodia VS Malaysia


Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA di antara Cambodia dan Malaysia akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno pada jam 4.45 petang ini. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan ini. Jom ramai-ramai ngadap TELEBESYEN dan lepak kat Kedai MAMAK berhampiran dengan anda.

P/S: jangan lupa sarung jersi MALAYSIA.



SETELAH TAMAT 90 MINIT PERLAWANAN (KEPUTUSAN PENUH)





Malaysia menang 4-1 hasil jaringan Izzaq Fariz 7', Baddrol Bakhtiar 36' (penalti) 40' dan Wan Zahrul Nizam 88'. Cambodia C.Chhoeun 60'.

Friday, 11 November 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Tiada apa yang penting sangat pun untuk embah buat post ni. Cuma embah nak sematkan sesuatu yang special sangat pada hari ini, yang tak mungkin akan terulang pada hari lain, bulan lain atau pun tahun lain.

Cuba teka apa yang special sangat yang embah nak sematkan kat blog buruk embah ni???haaa....ok laa, mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan yang tarikh hari ini adalah 11.11.11.

Waaaa...patut laaa ramai orang yang nak kejarkan tarikh hari ni, contohnya pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga (nikah/kenduri kawin), potong jambul anak, sunatkan anak lelaki, dan ada pulak tu isteri atau ibu yang sedang sarat mengandung nak cuba bersalin pada tarikh hari ni (haa..yang ni tebiat namanya..haha) jangan di ikut plak..BAHAYA!!!

Bagi embah yang cuma berbekalkan PC dan Broadband ni cuma boleh gunakan tarikh keramat 11.11.11 ni sebagai tarikh untuk embah post artikel ini maklum laa sebagai new blogger tak banyak sangat benda yang embah boleh membebel. Apa-apa pun misi embah untuk dapatkan tarikh keramat ni dah tercapai iaitu ayat ni [FRIDAY, 11 NOVEMBER 2011] appear at the top of article's title ..hehehehe

MISSION ACCOMPLISHED...!!!

Wednesday, 9 November 2011

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea Malaysia VS Thailand

Proud to be Malaysian beb...

Buat kali ke-2 Malaysia menewaskan pasukan Gergasi Asia Tenggara Thailand di dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA sepanjang 2 tahun ini. Dalam perlawanan yang menyaksikan bintang muda bola sepak negara yang di ketuai oleh Baddrol Bakhtiar telah berjaya menundukkan Thailand dengan jaringan 2-1.

Gol pertama Malaysia telah dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada separuh masa pertama. Masuk babak kedua perlawanan banyak dikuasai oleh pasukan negara dengan menyaksikan beberapa peluang keemasan yang gagal di sudahi oleh barisan serangan negara.

Walaubagaimana pun kealpaan benteng pasukan negara yang ghairah mencari gol telah di hukum oleh pemain thailand yang merembat tepat kearah bucu gawang negara sekali gus menewaskan Khairul Fahmi. Selang beberapa minit Ong Kim Swee telah memasukan Izzaq Faris menggantikan Wan Zahrul. Hasilnya Malaysia berjaya menjaringkan Gol melalui sentuhan Izzaq. Gol tersebut ternyata menjadi badi kepada Thailand yang juga tewas 2-1 kepada Malaysia pada edisi Sukan SEA di Laos dua tahun lalu.

Tahniah Malaysia..

Wednesday, 2 November 2011

Kenapa Ultraman dan kenapa bukan Zombie?

Sebabnya ialah zombie tak hensem, kalau ultraman HENSEM dan MACHO..
I Like it...ahak..ahakk..

Link Exchange

Hak Cipta Terpelihara@EmbahRock